Want your
own Fotopage?








 
Norafiza's FotoPage

By: Fieza nafiz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Sunday, 7-Feb-2010 13:09 Email | Share | | Bookmark
LEMBARAN BARU....

Assalamualaikum....

Lama tak jenguk kat sini.. Dah naik berabuk dah ekk... Apapun, bukan disengajakan tak nak menjengguk kat sini. Tapi bnyk perkara yang perlu di selesaikan sehingga tak punya masa untuk menjenguk kat sini. Saat ni, barulah jiwa ni senang untuk kembali ke sini.



Friday, 1-Jan-2010 12:38 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT TAHUN BARU 2010

Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru 2010......
Semoga apa yg di impikan untuk 2009 sudah tercapai... Kalau tak tercapai tu, jgn lah putus asa. Boleh cuba lagi untuk 2010 ni. Hidup perlu di teruskan.. Walau apa pun rintangan dan dugaan yang kita hadapi, anggap saja ia sebagai ujian buat kita. Allah memberi ujian pada hambanya, kerana Dia tahu hambanya mampu menghadapinya. Cuma kita saja perlu tetapkan diri kita sendiri samada kita mampu atau tak untuk menempuhinya. Hakikatnya.. semua kejadian ada HIKMAHNYA... Percayalah, ALLAH ITU MAHA ADIL, MAHA MENGASIHI LAGI MAHA MENGETAHUI SEGALANYA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI.


Thursday, 24-Dec-2009 08:56 Email | Share | | Bookmark
KEAGUNGGAN CIPTAAN ALLAH

Aisya Humairah
Aisya Humairah
Saya dan Aisya Humairah
View all 16 photos...
Assalamualaikum...

Free time....
Hari ni saya nak ajak kawan-kawan semua cuci-cuci mata dengan keindahan dan keagunggan ciptaan Allah ni, Iaitu baby-baby comel. Mereka-mereka nilah penghibur dan penyedap mata memandang. Mereka-mereka ni sebenarnya adalah anak-anak sedara dan cucu saya(pangkat jer ok. Saya still muda ok) dan salah seorang dari mereka tu adalah anak angkat saya yang selalu saya rindu. Insya-Allah, ada rezeki saya, saya percaya saya pun akan memilikinya sendiri. Aminnnn.....


Comelkan gambar ni. Aisya dengan bunga rose kuning.


Ngantuk ek Zidane Haikal. Tak nak senyum pun dia.


Akmal Haikal yang suka senyum dengan lesung dipipi. Gerammmmm sangat dengan dia.


Alya Nabila (Sara) yang memang suka bergambar.


Amir yang senantiasa sihat dan kuat bagai johan.


New born baby. Irfan Danish yang baru dilahirkan pada 13.12.2009


Zakuan yang berusia 41hari dihari cukur jambul.



Monday, 21-Dec-2009 09:05 Email | Share | | Bookmark
MAJLIS CUKUR JAMBUL ZAQUAN DANIEL

 
 
Set bunga rampai
View all 9 photos...
Assalamualaikum...

Hari ahad pun ada juga acara yang kena hadir. Cuti tiga hari pun bukan ada betul-betul rehat kat rumah. Ada jer nak buat. Bermula dengan hari jumaat, paginya jer saya di rumah. Sempatlah masak dua tiga jenis lauk. Kemas rumah ala kadar. Petangnya sampai ke malam saya dah kerumah mak Liza dan meronda ke Jusco. Hari sabtunya dari pagi dah ke rumah along untuk siapkan apa yang perlu untuk catering. Pukul 11 lebih dah bertolak ker Bandar Teknologi Kajang, sampai lah selesai majlis. Pukul 5 lebih baru sampai rumah. Sampai rumah jer , tengok jiran depan rumah(Cik Idah) dah pasang khemah untuk majlis cukur jambul cucunya. Doranglah jemput datang minum-minum petang tu. Lepas maghrib terus tidur. Pukul 10.30 baru terjaga bila sedar belum solat Isyak. Hubby kata, penat dia bangunkan aku, tapi aku macam dah tak nak bangun dah. Tidur mati ke apa. hehehehe... . Esoknya pagi-pagi lagi dah pergi rumah Cik Idah. Tolonglah potong-potong apa yang patut untuk masak. Buat itu ini, makan, minum tak sedar dah pukul 4 petang. Tetamu lain semua dah balik barulah aku pun beransur balik. Mandi dan buat apa yang patut lepas tu terus tertido. Nasib hari tu aku cuti sembahyang. Hari pertama lak tu. Tapi Alhamdulillahlah tak senggugut. Hehehehe... Bangun pukul 6.30 petang dah nak maghrib. Fikir-fikir apa nak buat tuk makan malam ni. Bila tengok ada nasi yang di ambil dari kenduri rumah Cik Idah tadi, terus aku dapat idea tuk masak nasi goreng. Tulah menu kami malam tu. Nasi goreng kampung... hehehhe Korang layanlah yer gambar-gambar yang tak seberapanya. Sebab sibuk sangat. Tak tercapai tangan nak ambil gambar banyak-banyak.


Ini lah baby comel yang hidung mancung macam muka anak kacukan kan.


Bunga telur untuk tetamu dan orang marhaban.


Set bunga rampai dan renjis air mawar. Tapi dalam tu air bedak jer. hehehehe.....


Buah kelapa muda yang dihias cantik untuk meletakkan rambut baby yang digunting nanti.


Kumpulan marhaban. Hubby pun ada. Sampai tak sempat nak tukar baju sbb dia tak plan pun nak join marhaban ni.





Sunday, 20-Dec-2009 05:19 Email | Share | | Bookmark
CATERING DI TAMAN TEKNOLOGI KAJANG

Bos(Along) dan dayang-dayang meja pengantin dan VIP
Deco meja makan beradap pengantin
Hidangan di meja beradap
View all 15 photos...
Assalamualaikum...

Kali ini FARAHCATERER telah menjelajah pula ke Taman Teknologi Kajang sebagai memenuhi tempahan dari En Wan untuk majlis perkahwinan anak perempuannya. Dengan tema warna gold dan walaupun hari tu hujan selebat-lebatnya namun kami tetap bagi yang terbaik untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Tapi, oleh kerana hujan turun dengan lebatnya sepanjang majlis berlangsung maka gambar pun tak banyak di ambil. Mana yang ada jerlah yer. Jadi inilah aktiviti dan gambar-gambar sepanjang kami di sana.....


Seperti yang di janjikan, kali ini saya menunjukkan wajah bos farahcaterer iaitu along saya lah tu.. hehehe. Bersama dayang-dayang yang akan menghidangkan makanan di meja pengantin dan meja VIP.


Meja makan beradap pengantin yang bertemakan ala garden penuh dengan kehijauan dan bunga-bungaan.


Hidangan di meja beradap pengantin yang meriah dengan deco ala-ala garden.


Hati dan kacang panjang tumis dan Sayur goreng


Daging dendeng dan ayam goreng serai. Patut ada lauk dalca, tapi tertinggal pula nak ambil gambarnya.


Buah oren sebagai pencuci mulut dan di meja hidangan. Bagi korang tengok kuah dalca yang saya lupa nak ambil tu. Hheheheheh


Kek pengantin yang sungguh menyelerakan dan menerujakan hati untuk memakannya.


Dikhemah meja VIP dan antara tetamu yang hadir sedang mengambil makanan.


Inilah wajah pengantin yang sempat diambil di dalam himpitan-himpitan orang yang ramai berkerumun depan meja pengantin.


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net