Want your
own Fotopage?






 
Norafiza's FotoPage

By: Fieza nafiz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 9-Dec-2009 03:15 Email | Share | | Bookmark
MASAK-MASAK TIME

Gulai daging campur kentang
Sambal tumis udang
Gulai lemak telur itik.
Assalamualaikum...

Hari ini nak share ngan kawan-kawan apa yang saya dah masak hari ni. Sebenarnya dah dua tiga hari pening apalah nak masak. Hari-hari masak buat jadi buntu nak masak apa pulak hari ni. Entah macam mana malam tadi tetiba baru teringat yang dalam peti ais tu ada daging lembu kurban tu lagi. So terus dapat idea tuk masak gulai daging campur kentang. Pastu rupa-rupanya udang pun ada. So masak jerlah apa yang ada. Hehehehe.... Korang layan lah ek..


Gulai daging campur kentang.
Tak tahulah mana silapnya gambar ni. Dalam gambar kuahnya tak nampak kuning sgt , tapi kat luar dah kuning dah.

GULAI DAGING DAN KENTANG

Bahan-bahannya:-
500gm Daging lembu
1 1/2 kotak santan (saya guna M&S)
5 biji kentang di belah empat
5 biji bawang merah di racik
3 biji bawang putih di racik
1/2 inci halia di tumbuk
1/2 inci kunyit hidup di tumbuk(tak ada stok, saya pakai kunyit serbuk jer)
2 batang serai
2 s/b cili padi yg di mesin
Garam
Serbuk perasa
1 mangkuk air

Cara-caranya :-
1)masukkan air bersama bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili dan serai. Kacau dan biar mendidih sebentar.(Ni saya ada baca petua dlm majalah. Jika kita didihkan air ni dulu sebelum masuk santan, masakan kita tak akan beku santan. korang cubalah.)
2)Bila air dah betul-betul mendidih masukkan santan. Gaul rata dan biar santan mendidih kemudian terus masukkan daging.(Daging ni sebenarnya saya dah rebus sebentar dulu sebelum dimasak)
3)Bila daging hampir masak masukkan kentang. Biar kentang Empuk dan barulah perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Kacau hingga daging dan kentang betul-betul empuk dan masak.
4)Bila masak bolehlah di hidangkan dengan nasi. Saya suka cicah kuah nya dengan roti. SODAPPPP




Sambal tumis udang.

SAMBAL TUMIS UDANG
(Resepinya sama jer sebenarnya dgn resepi sambal tumis yang lain.)

Bahan-bahannya:-
500gm udang
3 s/b cili kering mesin
5 bili bawang besar di potong bulat
1/2 cwn air asam jawa
sedikit belacan jika suka(saya tak letak)
Garam
Serbuk perasa
Gula

Cara-caranya:-
1)Panaskan minyak dan tumis belacan kemudian masukkan cili. Kacau cili hingga masak dan pecah minyak.
2)Masukkan air asam jawa , kacau dan biar kan mendidih sekejap.
3)Masukkan bawang besar dan udang. Gaul rata dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
4)Kacau hingga benar-benar mendidik dan bila sambal hampir masak baru masukkan sedikit gula sebagai penyedap. Kacau hingga betul-betul masak dan bolehlah di hidangkan.




Gulai lemak telur itik. Gambar Kuah gulai telur itik ni pun sama. Nampak pucat jer. Tah manalah silapnya agaknya. Nanti nak tanya hubby, mungkin setting camera ni kot. Tapi ni gambar lauk semalam. Saja saya selitkan sekali hari ni.

GULAI LEMAK TELUR ITIK

Bahan-bahannya:-
5 biji telur itik
20 biji asam belimbing buluh (saya tak letak, tak ada musim)
2 batang serai
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
2 s/b cili padi mesin
1 s/k serbuk kunyit
1 kotak santan
Secawan air

Cara-caranya:-
1)Panaskan air bersama bawang merah, bawang putih, halia, kunyit , cili padi dan serai. Biar mendidih .
2)Bila mendidih baru masukkan santan dan kacau santan hingga mendidih. Bila mendidih masukkan asam belimbing buluh yang di belah dua.
3)Bila kuah sudah mendidih pecahkan telur sebijik demi sebijik. Biar sebentar dan kemudian kacau perlahan-lahan supaya telur tidak melekat di dasak periuk.
4)Masukkan garam dan perasa dan kacau perlahan-lahan hingga masak.
(Jika tak ada asam belimbing buluh, bolehlah letak asam keping , macam saya buat... hehhehee )

Ok selamat berkongsi resepi....Wassalammm.....




Monday, 7-Dec-2009 04:10 Email | Share | | Bookmark
CATERING DI BANDAR BARU BANGI

Masing-masing sibuk melakukan kerja
Siapalah pulak yang ambil gambar saya ni. hehe.....
kanopi yang bertemakan biru dan putih
View all 18 photos...
Assalamualaikum....

Seminggu dah tak jengah kat sini. Hehehe.. bukan apa, agak sibuk sikit beberapa hari ni. Tapi hari ni saya nak masukkan cerita catering yang Farah Caterer terima pada hujung minggu yang baru ni. Sebenarnya pada hari sabtu (5/12/2009) ada juga catering di Keramat, tapi masing2 lupa bawa camera. So untuk hari ahad (6/12/2009) Catering di Bandar Baru Bangi ni saja yang saya dapat masukkan untuk ruangan hari ini.

Bertempat di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi, Kajang , majlis perkahwinan menyambut menantu perempuan di adakan dengan suasana yang cukup meriah. Walaupun cuaca tengah hari itu agak panas, tapi ia tak menghalang kehadiran lebih kurang 1000 orang tetamu pada hari itu. Pasukan Farah Caterer juga bertungkus lumus bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar dan tetamu puas hati dengan makanan dan layanan yang di sediakan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tanpa perkara-perkara yang tidak di ingini. Alhamdulillah......


Ahli keluarga Farah Caterer sedang sibuk melakukan tugas masing-masing.

Ni tah saperlah pulak yang curi-curi ambik gambar saya yang tengah kusyuk buat makanan pengantin ni.

Menu- Kurma daging dan Sambal tumis sotong

Menu-Nenas terang bulan dan Ayam masak merah

Menu-Dalca dan Buah tembikai

Manisan bubur kacang, gift dari Farah Caterer kepada tuan rumah untuk para tetamu dan set di meja hindangan.

Kanopi bertemakan warna biru dan putih

Meja makan beradap raja sehari

Tuan rumah kata "Bagusnya siap ada dayang-dayang yang akan menghidangkan makanan pada pengantin. Baju pun cantik dan orangnya pun comel-comel belaka". Kembanglah budak-budak ni kalau dorang dengar. Dan Gift dari Farah Caterer untuk meja beradap pengantin.

Adik-adik penanggah yang membantu menjayakan majlis ini.

Mesti korang tertanya-tanya manalah tuan punya Farah Caterer ni. Hehehe... entah kenapa tiap kali ambik gambar mesti gambar bosnya tak di ambil. Tapi kalau korang nak tahu bosnya ialah along saya. Rasanya pernah sebut sebelum ni dan kalau korang nak tengok mukanya korang carilah ek kat entry-entry saya yang sebelum ni. Nanti catering akan datang saya akan masukkan gambar along saya tu. Sebab InsyaAllah , sampai hujung tahun ni dan awal tahun hadapan tempahan cukup menggalakkan. So, macam biasalah, korang boleh lah layari farahcaterer.blokspot.com untuk melihat maklumat lanjut tentang caterer Farah Caterer ini.


Sunday, 29-Nov-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
KENDURI KAHWIN DI HARI RAYA...

 
 
 
View all 6 photos...
Assalamualaikum...

Macam-macam ek saya punya tajuk. Ikut saya punya suka jer kan . Jika raya kedua kami pergi catering, tapi hari ni raya ketiga kami pergi jemputan kenduri kahwin pulak. Tempat ni dekat area rumah kami jer. Yang kawin ni pulak ialah Iwan, kawan kepada adik lelaki saya Ely. Sebenarnya hari tu saya tak sihat sangat, tapi di sebabkan adik saya tu yang jadi pengapitnya dan dia pun beria-ia mengajak kami semua pergi, so saya pun gagahkan jugalah pergi. Korang layan jerlah ek gambar ni. Tapi gambar saya tak ada, sebab tak nak masuk muka sakit ni. Malu lah...


Adik saya(Ely dan Ogy) bersama pengantin. (Iwan dan isteri)


Hubby makan dengan selera sekali.


Gambar saya memang tak ada, tapi gambar pinggan makan saya sajer yang ada. Dah separuh makan baru terasa nak ambil gambar. hehehehehe.


Ogy dan DD (Apalah yang dibualkan tu sampai berkerut seribu dahi si DD tu)


Abah saya. Dia dah sampai awal dan dah siap makan. Minum bersungguh tu. Tengok si DD tu makan.. hehehehe.. jgn mare ek DD.

OKlah. Pada Iwan dan isteri, semoga berbahagia selalu dan kekal hingga ke akhir hayat.


Saturday, 28-Nov-2009 04:47 Email | Share | | Bookmark
CATERING DI HARI RAYA KEDUA.....

 
 
 
View all 20 photos...
Assalamualaikum.....

Kesempatan cuti tiga hari sempena hari raya, ramai yang ambil kesempatan untuk mengadakan majlis kenduri kawin. Kebetulan Farah Caterer juga menerima tempahan dari Kg Lenggung Labu Negeri Sembilan. Ini merupakan catering kami yang paling jauh dan luar dari KL dan Selangor. Tapi kami seronok, sebab bukan selalu kami travel jauh-jauh ni untuk majlis kenduri kahwin ni. Walaupun ada kawasan yang masih lagi meneruskan upacara korban , tapi kahwin-tetap kahwin. Hari tu perjalanan kami di iringi hujan di sepanjang lebuh raya. Alhamdulillah, sampai di destinasi, hujan dah berhenti dan matahari mula keluar memancarkan sinarnya. Dengan suasana kampung yang di kelilingi kebun getah, cuaca panas tadi tidaklah terasa kerana diredupkan oleh pokok-pokok di sekeliling kami. Dek kerana lokasinya sebelah kebun, maka kami di serang oleh nyamuk dan semut-semut hutan. waaaaa..... Layanlah ek gambar-gambar sepanjang majlis perkahwinan ini ek..




Khemah makan, khemah pengantin dan VIP, Antara penanggah kami yang bertugas hari tu.



Juadah hari tu terdiri daripada AYAM MASAK MERAH, MASAK LEMAK REBUNG DAN UDANG, GULAI KAWAH, ACAR RAMPAI, BUAH OREN DAN BUBUR JAGUNG(gift manisan dari farah caterer)



Meja makan pengantin bersama gadis-gadis (semua anak beranak kami jer tu, bukan orang lain pun) yang akan menghidangkannya kepada pengantin dan tetamu VIP(yang hujung tu bukan gadis yer. Itu Alang kami, dia kata dia adalah floor manager.. hehehehehe ) Dan antara hidangan makanan pengantin yang kami sediakan.

Pengantin sedang menjamu selera

Saya bersama ogy,nina,ika dan linda

Seperti biasa, jika kawan-kawan semua ingin tahu lebih lanjut tentang FARAH CATERER, bolehlah mengunjugi blok kami di farahcaterer.blogspot.com


Friday, 27-Nov-2009 09:04 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI RAYA KORBAN

 
 
 
View all 12 photos...
Assalamualaikum...

Selamat menyambut hari raya korban di ucapkan pada semua. Kepada mereka-mereka yang mengerjakan ibadah hari, di doakan mereka selamat di sana dan moga-moga mendapat haji yang mabrur. Aminnn...
Hampir seluruh masyarakat islam di dunia khususnya di Malaysia menyambut hari raya korban dengan masing-masing punya agenda tersendiri. Pada kita di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan kawasan-kawasan yang terhindar dari bencana banjir bernasib baik kerana dapat merayakan hari raya korban ini dengan meriah, tapi kita jangan lupa pada mereka-mereka yang berada di di sebahagian negeri pantai timur semenanjung seperti Terengganu, Kelantan, juga di pahang dan kedah kerana ada di kalangan kawasan-kawasan tertentu di negeri ini masih lagi di tenggelami air. Rasa simpati saya pada mereka kerana ada di antara mereka yang hampir setiap tahun di landa banjir bila tibanya hari raya korban ini. Walaupun kita bernasib baik, tapi kita jangan alpa. Mungkin hari ini hari mereka, hari kita Allah saja yang menentukannya. Jadi jangan lah kita terlalu leka dan melupakan mereka-mereka yang kurang bernasib baik ini.
Berbalik pada suasana hari raya sepanjang hari di kawasan saya. Di ikutkan sejak dari pagi, cuaca memang panas. Memandangkan hari raya kali ini jatuh pada hari jumaat, maka acara korban bagi lima ekor lembu di kawasan saya di tunda hingga selepas selesainya solat jumaat. Dari cuaca yang panas terik, sebaik lembu pertama bakal di korbankan, cuaca berubah menjadi redup. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya tidaklah mereka-mereka yang bekerja dalam acara korban ini kepanasan. Dari redup, cuaca terus bertukar menjadi mendung dan semakin gelap tatkala lembu ketiga tumbang. Bila mereka mahu memulakan untuk lembu ke empat, hujan mula turun. Tapi tidaklah lebat. Semua masih meneruskan sehingga selesainya lembu yang kelima. Selesai saja lembu ke lima hujan mulai reda. Semua jemaah yang mengambil kesempatan ini lebih bertungkus lumus menghabiskan kerja-kerja melapah dan membahagi-bahagikan daging untuk di agih-agihkan. Bila selesai saja semua tugas mereka, lebih kurang pukul 6 petang, hujan kembali turun dan kali ini ia turun dengan lebat sekali. Pada pandangan saya mungkin di turunkan hujan untuk membersihkan segala sisa-sisa darah dari sembelihan yang di lakukan tadi. Sekurang-kurangnya turunnya hujan sebenarnya penuh rahmat kerana bila hujan berhenti semua sisa-sisa darah tadi bersih dari pandangan. Itulah kuasa Allah..
Panjang lebat pula yer saya punya mukadimah. Tapi sebenarnya kita kena lebih faham apa sebenarnya erti korban yang sebenarnya. Sejauh mana pula korban kita untuk hidup kita di muka bumi ini. Renung-renungkanlah.

SEJARAH KORBAN
Hari raya korban merupakan hari memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup untuk mengorbankan anaknya(Nabi Ismail) demi tuntutan Allah Yang Maha Esa. Nabi Ibrahim juga sinonim dengan gelaran Khalil Ullah iaitu bermaksud “Sahabat Allah“.

10 Zulhijjah juga merupakan tarikh dimana Nabi Adam dan Hawa di usir dari Syurga ke bumi kemudiannya bertemu kembali di padang Arafah.


Hari Raya Aidiladha disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha, khutbah pada pagi 10 Zulhijjah dan kemudian dilangsungkan ibadah korban yang boleh dilakukan pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.
perayaan Aidilfitri dan Aidiladha adalah sama sahaja berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (riwayat Abu Daud)
Rasulullah SAW juga ada menyatakan tentang kelebihan ibadat korban dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Macam biasa korang layanlah yer gamba-gambar acara korban yang saya rakam.


Dua dari lima ekor lembu yang bakal di korbankan

Lagi tiga ekor dari lima ekor yang bakal di korbankan.

Ni salah seekor lembu dari lima ekor tu. Lembu ni paling besar. Saya selalu tertanya-tanya. Betul ker kesan aliran di mata lembu tu adalah air matanya. Sampi sekarang belum ada jawapan yang pasti.

Lembu pertama yang di tumbangkan, sedia untuk di korbankan

Ustaz Wan mengetuai upacara penyembelihan sambil di bantu oleh penduduk kampung

Hubby (baju oren) pun turut membantu ramai-ramai membanting tulang hari tu.

Bergotong royang melapah kulit dan daging lembu.

Lembu terakhir yang di korbankan hari tu. Jangan salah sangka. Bukan lembu tu di biarkan begitu saja. Tapi masa ni ujan dah turun dan semua lari ke khemah untuk beramai-ramai mengangkat khemah untuk memudahkan mereka melapah.

Sekianlah selesainya kelima-lima ekor lembu yang telah di korbankan. Tapi saya tak dapat nak ambil gambar masa daging-daging ni di bahagi-bahagikan dan di agih-agihkan kerana masa ni saya dah balik umah sebab hujan dah turun lebat.

Wassalammm.....

[i]MASAK-MASAK DI HARI RAYA


Menu simple di hari raya. Makan dengan family jer. Tak ada saper pun yang datang umah, sebab semuanya pergi tengok acara penyembelihan lembu korban. So layanlah ek menu simple saya ni ek.



Udang goreng kari mahsuri (ikut resepi dari botol sos tiram mahsuri)

UDANG GORENG KARI MAHSURI

Bahan-bahannya:-
1/2 Kilo udang sederhana besar
25gm serbuk kari ikan dan makanan laut Barbas
(dibancuh dengan 1/2 cawan air)
2 s/k cili mesin (nak pedas lehlah tambah)
5 biji bawang merah diracik
3 biji bawang putih diracik
1/2 inci halia diracik
1 tangkai daun kari
2 s/b Sos tiram Mahsuri (Jenama apa pun boleh sebenarnya)
1 s/b kicap pekat
sedikit halba
sedikit biji sawi
Garam dan serbuk perasa ikan bilis

Cara-caranya:-
1)Tumis bawang merah, bawang putih, halia hingga wangi dan kemudian masukkan cili dan gaul hingga cili masak.
2)serbuk kari yang sudah dibancuh dan kemudian masukkan Udang. Gaul rata.
3)Masukkan sos tiram dan kicap pekat bersama daun kari , halba dan biji sawi.Gaul sebati dan kemudian perasakan dengan garam dan serbuk perasa ikan bilis.
4) Kacau rata hingga masak dan siap untuk di hidangkan.



Ayam ala kasim.(Biasa hubby masak daging ala kasim, tapi kami mmg suka tukar-tukar. Sebab masak resepi ni dengan ayam pun sooodappp.....)(abaikan yg comot-comot tu tau)


Mee hoon goreng mahsuri (saja jer guna nama mahsuri tu sebab guna gak sos tiram mahsuri tu. Tapi resepi sendiri ok..)

MEE HOON GERENG MAHSURI

Bahan-bahannya:-
1 peket mee hoon di celur dan di toskan
2 keping fish cake
Udang sederhana besar
sotong
daging/ayam
sedikit daun kuchai
tahu di goreng dan di dadu
sedikit taugeh
2 s/b sos tiram mahsuri (apa jenama pun ok)
2 s/b kicap manis
3 s/b kicap pekat
Garam dan serbuk perasa

**bahan di mesin :-
10biji cili kering
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
sedikit ikan bilis

hiasan:-
Telur dadar di gulung dan potong nipis-nipis
hirisan cili merah

Cara-caranya:-
1)Tumiskan bahan mesin hingga masak dan wangi dan kemudian masukkan ayam/daging, udang dan sotong. Kacau hingga separuh masak dan masukkan fish cake.
2)Masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap pekat. Gaul rata
3)Masukkan taugeh, tahu yang sudah di goreng dan daun kuchai. Gaul sebati dan masukkan mee hoon.
4)Gaul rata kemudian perasakan dengan garam dan perasa. Kacau hingga masak.
5)Hidangkan tengan taburan telur yang di hiris tadi bersama hirisan cili merah.


Agar-agar santan. Saja suka-suka masukkan dalam cup tu, sbb senang terus ngap jer. Lebihnya masukkan dalam loyang.

AGAR-AGAR SANTAN

Bahan-bahannya:-
1 peket agar-agar
2 mangkuk air
2 biji telur
2 cawan santan pekat
2 senduk gula
sehelai daun pandan
2s/k pewarna (ikut sukalah)

Cara-caranya:-
1)Masukkan air kedalam periuk bersama agar-agar, daun pandan dan gula.
2)Masukkan pewarna dan biarkan mendidih dan pekat.
3)Dibekas yang lain, pukul telur dan kemudian gaulkan bersama dengan santan pekat
4)Bila dah mendidih masukkan santan dan telur yang telah digaulkan bersama tadi.
5)Kacau hingga masak dan bolehlah dimasukkan ke dalam loyang atau pun bekas-bekas comel yang macam saya buat tu. Heheheheh...
6)Biarkan betul-betul sejuk dan barulah di hidangkan .


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net